
Hari qiamat adalah suatu hari yang pasti wujud dan pasti tiba, dan ia merupakan rukun iman yang keenam, yang wajib kita sekalian percaya. Demikianlah kehidupan akhirat adalah lanjutan daripada kehidupan dunia yang bersifat sementara.
Pada hari itu, akan ditimbang amalan samada baik ataupun buruk, ditimbang dengan seadil-adilnya. Bagi siapa yang berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang yang beruntung. Manakala mereka yang ringan timbangannya adalah orang yang rugi akan dirinya sendiri, perlulah kita menyedari akan penciptaan Allah taala mencipta manusia adalah untuk pengabdian kepada-Nya, orang yang beriman akan jadikan dunia sebagai tuaian akhirat akan mengutip hasilnya. Rugilah bagi kita yang jadikan hawa nafsu sebagai tunggangan untuk memiliki dunia yang menipu, yang tidak menjanjikan apa-apa, leka mengejar dunia, lupakan akan hari pembalasan itulah sifat manusia, lalai, lupa dan alpa.
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis sahih:
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari
Lady Nass : Ketahuilah semua Yahudi sedang berusaha keras untuk menakluki Baitulmaqdis.
2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
Lady Nass : Sudah berlaku kan?
3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
L
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim
Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.
Tanda-tanda besar
* Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
* Lahirnya Dajjal.
* Keluar asap tebal.
* Turunnya Nabi Isa a.s.
* Kemunculan Imam Mahdi.
* Matahari terbit dari ufuk barat.
* Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
* Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
* Runtuhnya Ka'abah
* Terdengar tiupan sangkakala pertama.
* Ada azan tak di jawab
* 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Tanda Besar Kiamat
Anak-Anakku

Anakku yang sulong Yazid...ketika di Jusco Tebrau. masa ni saja bwak anak2 berjalan
tengok dunia luar...asyik duk umh je boring gak kan.ibu n ayah pulak bz...sian anak ibu .

Masa ni anak ku yang kedua Yaqzan dalam 6 bulan kot...nasib la gambar2 dalam handphone sempat simpan.handphone dah hilang ada la jugak kenangan...bila ayah nak belikan ibu handphone lagi ni?

Yazid kalau disuruh berposing no 1 .berposing ngan belon yang dia baru "pau" dari atuk haji di.Yazid memang selalu "menggepau" atuk haji dia....balik sekolah je tentu singgah kedai dulu.cucu atuk yang baik kan???
Tempahan Kek Coklat
Untuk makluman lanjut boleh hubungi saya melalui email maz,winter81@gmail.com
Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010
Menurut Majalah Malaysian Business
1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)
3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)
4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)
5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)
8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)
9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)
10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)
12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)
13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)
14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)
16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)
17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)
18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)
19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)
20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)
21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)
22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)
23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)
24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)
25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)
26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)
27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)
28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)
29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)
30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)
31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)
32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)
33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)
34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)
35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)
36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)
37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)
38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)
39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)
40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)
Koleksi Lawak
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...
*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!
Dipetik dari:http://kahkahkah.mnazman.com/
Kisah Perangkap Tikus
Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?” Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!” Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.” Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.” Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?” Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.” Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup. Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi. Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi. Dipetik dari http://soleh.net
d













