RSS

Hari Ibu






Salam semua....

Hari ibu akan menjelma tak berapa lama....pada tahun 2010 ni hari ibu di Malaysia jatuh pada minggu ke 2 bulan Mei iaitu 9 Mei.....Hadiah?Bila bab hadiah memang paling susah nak pikir...rasanya hadiah apa yang sesuai untuk mak ek?Kalau dipikir2kan jasa ibu ni memang tak terbalas kan....Adeq sayang sangat kat mak ...mak dah banyak berkorban untuk anakmu ini.Anakmu sayang sangat Hajah Zaharah Binti Mohammad...SAYANG MAK ......

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, kesakitan yang dialami tatkala melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Segala penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ditempuhi membuatnya lebih tabah dan sabar tanpa berkeluh kesah dan merungut.

Demi kelangsungan hidup si anak, ibu sanggup menggadai nyawa memberikan yang terbaik bagi kesejahteraan permata hatinya. Maka, apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu sekadar dihayati dan dikenang tatkala menyambut Hari Ibu saja? tentu tidak kerana sikap seumpamanya akan hanya menjadi budaya sekali setahun dan bukannya menjadi budaya sepanjang hayat.

Kita mungkin boleh berbangga dengan adanya pelbagai anugerah dan hadiah kepada para ibu, tetapi kita perlu sedar dan menginsafi hakikat bahawa jasa dan pengorbanan para ibu melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak tidak dapat disamakan dengan wang ringgit atau material. Walau bagaimanapun, Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS