RSS

PRODUK KESIHATAN PUTERI ALYA


"Keunggulan, Kejelitaan, Keperibadian Wanita"

AWET MUDA GOLD

Awet Muda Gold merupakan produk terbaru keluaran ekslusif dari Puteri Alya yang dirumus khas dari bahan yang bermutu tinggi seperti Glutathione, Astaxanthin, L-Carnitine, Mutiara, Ginkgo Biloba, Roselle, Kulit Kayu Manis, Temulawak, Minyak Zaitun, Garam Bukit, Kurma, Asam Gelugor, Ubi Bit Merah, Madu, Sireh, Kacip Fatimah, Manjakani, Pegaga, Halia, Kolagen, Minyak Habbatus Sauda, Kadeka Kecil dan Air Bertapis. Awet Muda Gold bertindak 3 kali lebih cepat dan bahan-bahannya 3 kali lebih berbanding Awet Muda biasa...


AWET MUDA

Awet Muda merupakan produk terbaru keluaran Puteri Alya yang kaya dari alam semulajadi seperti madu, kolagen, sireh, pueraria lobata, saffron, pegaga, kacip fatimah, manjakani, halia dan ubi bit merah. Awet Muda telah diformulakan sesuai untuk membina kesihatan tubuh dan mencantikkan kulit,membina rahim dan membantu dalam hubungan keintiman suami isteri...



SUSU K-PLUS

Susu K Plus dirumus khas untuk membina kekuatan tubuh badan, menguatkan tulang, membantu memperbaiki sistem perjalanan darah dan menguatkan minda. Ianya kaya dengan vitamin dan sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 25 tahun ke atas. Ianya juga tinggi kalsium dan rendah lemak...

PERKASA

Perkasa merupakan produk terbaru keluaran Puteri Alya yang dirumus khas untuk lelaki dari 13 jenis bahan semulajadi seperti madu, kolagen, sireh, guarana, ubi bit merah, ubi jaga, pegaga, ginkgo, tribulus, maca, habbatus sauda, kurma dan garam bukit. Ia juga mempunyai kelebihan untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan, kesihatan dalaman, memberi tenaga, melancarkan peredaran darah dan merangsang daya ingatan.

AL-QURRA

Al-Qurra merupakan produk terbaru keluaran Puteri Alya yang dirumus khas dari 14 bahan semulajadi madu, kurma, roselle, kolagen, habbatus sauda, kismis, ubi bit merah, goji, delima, ginkgo, ekstrak prune, saffron, sireh dan garam bukit.

QIS MIND COCOA

Qis Mind Cocoa merupakan produk terbaru keluaran Puteri Alya yang diformulasi khas untuk meningkatkan daya ingatan dan minda, melancarkan peredaran darah, baik untuk penghadaman serta sebagai ejen antioksida yang berfungsi melambatkan proses penuaan. Qis Mind Cocoa diadun dengan menggunakan bahan yang bermutu tinggi seperti serbuk koko, susu skim, ekstrak malt, kurma, kismis dan perisa vanila. Rasanya yang sangat lazat pasti digemari kanak-kanak. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur.



AROMA CELLULITE CREAM

Aroma Cellulite Cream dicipta khusus untuk kegunaan luar bagi membakar lemak dan menyingkirkan toksin pada badan dengan cepat. Ia bertindak untuk menyingkirkan lemak dan toksin pada badan bagi mendapatkan semula bentuk badan anda. Diperkaya dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti Thymus Vulgaris (Thyme) Oil, Capsaicin, Hedera Helix (Ivy) Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil dan Aloe Barbadensis (Aloe Vera). Antara kelebihan Aroma Cellulite Cream adalah membantu melancarkan peredaran darah, membakar lemak belebihan, mengurangkan angin dalam badan dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak


BISKUT RE-YOUNG
Biskut Re Young merupakan biskut herba yang diperkayakan dengan madu dan makanan sunnah yang kaya dengan bahan semulajadi seperti madu, kolagen sireh, pueraria lobata, saffron, pegaga, kacip fatimah, manjakani, halia dan ubi bit merah. Ianya sesuai untuk mereka yang ingin berdiet dan ianya kaya dengan serat yang baik untuk penghadaman. Disamping rasanya enak.


ULTRA ENERGY INFRARED SLIMMING LINGERIE
Ultra Energy Infrared Slimming Lingerie yang berbintik Infra Merah Jauh (FIR) Bio-Seramik diperbuat daripada 26 jenis bahan semula jadi dengan teknologi yang canggih. Diperbuat daripada fabrik yang terpilih termasuk sutera amat halus dan lembut supaya tidak panas dan menyerap peluh. Potongan jalur tirus pada paha dan berkelim rata membantu menegangkan pinggul dan merampingkan pinggang. Batang kerangka juga dapat membantu menyokong tulang belakang. Untuk mencapai kesan yang lebih efektif, anda dicadangkan minum 8 gelas air setiap hari.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUTERI ALYA (AWET MUDA)


company xhdzy
Awet Muda merupakan produk terbaru keluaran Puteri Alya yang kaya dari alam semulajadi seperti madu, kolagen, sireh, pueraria lobata, saffron, pegaga, kacip fatimah, manjakani, halia dan ubi bit merah. awet Muda telah diformulakan sesuai untuk membina kesihatan tubuh dan mencantikkan kulit, membina rahim dan membantu dalam hubungan keintiman suami isteri.

Dikilangkan di kilang yang bertaraf IMP(Amalan Pengilangan Islam) di mana bukan sahaja mementingkan kualiti malah dapat membina spiritual pengguna.

Adakah anda mengalami masalah kulit kasar dan berkedut, wajah yang kusam dan mula dibayangi jeragat, kulit dan payudara yang telah melendut, masalah senggugut, cepat berasa letih malah ada yang suami sudah mulai complain kerana tidak sehebat dan serapat dulu lagi atau mengalami masalah kentut vagina atau masalah bau serta macam-macam masalah lain. Cuba atasinya dengan AWET MUDA. Insyaallah berkat disiplin anda mengambilnya masalah tadi dapat diatasi.

Awet Muda merupakan produk yang digelar ALL IN ONE atau ONE PACKAGE. Diformulasikan di dalam bentuk cecair dan rasanya seperti madu. Dengan memilih AWET MUDA pengguna tidak perlu mengeluarkan bajet yang tinggi kerana bahan-bahan yang terdapat dalam AWET MUDA merupakan bahan yang diperlukan oleh tubuh badan seorang wanita.

Pengguna disarankan mengambilnya secara konsisten bagi mendapat hasil yang memberangsangkan. AWET MUDA sangat mudah untuk mengambilnya dan di bungkus dalam bentuk sachet agar mudah untuk dibawa ke mana-mana malah boleh diletakkan di dalam beg tangan anda sekiranya anda tidak sempat untuk mengambilnya di rumah.

Cara Pengambilannya:

1 hari 1 sachet diambil semasa perut kosong sebelum sarapan. Terus dituang ke dalam mulut tanpa perlu dibancuh. Disarankan mengambilnya 2 kotak untuk 1 bulan dan boleh berhenti ketika period.

Isi kandungan:

1 kotak mengandungi 12 sachet. 1 sachet 20 ml. 1 kotak bersamaan 240 ml.

OFFER PRICE!!

1 BOX RM30
2 BOX RM56

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT SEMUANYA




Alhamdulillah.....semuanya dah selamat...aku telah selamat melahirkan baby twin aku...2-2 girl.TQ ALLAH...Aku selamat melahirkan babyku secara normal....sunggup pantas masa berlalu....baby aku yg 1st lahir tepat kul 2.37 pagi dan yang 2nd kul 2.51pagi di Hospital Sultan Ismail JB pada 23 Feb 2011.Alhamdulillah baby 1st 2.03kg dan 2nd baby 2.11kg.semuanya sihat...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERDEBAR-DEBAR MENANTI SAAT KELAHIRAN BABY TWIN

Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ke 37 kehamilana aku.Rasanya semakin hampir dengan waktu itu.Semakin hampir .....perasaan aku menjadi semakin tak keruan.Perasaan takut sentiasa menyelubungi diri ini.Walaupun dah masuk anak yg ketiga......tp rasanya yang ni berbeza sebab aku akan melahirkan baby twin...iaitu penmgalam baru yang harus aku tempuhi.YA ALLAH berilah kekuatan kepada hambamu ini.....Esok ada temujanji ngan pakar kat Hospital Sultan Ismail JB...macammana la perkembangan baby dalam perut ku ini.....boleh ke bersalin normal atau perlu di ceaser......issssshhhhhh....takut..

Last 2 week aku ada sampaikan hasratku untuk di ceaser sahaja kepada doktor Rahayu kat KKIA Kota Tinggi....tp doktor tu tak suggest sebab katanya baby ku ni dah ada jalan walaupun 2nd baby aku breech....dia suruh aku deliver normal je n katanya insyallah selamat.Tp semakin lama ku berpikir.... aku rasa ceaser lagi ok kot....sebab takut nanti baby yg 1st kuar...yg 2nd tak nak kuar lak....dh 2 keje...dah la bawah tu sakit....ceaser lak lg....aduiiii tak sanggup.Insyaallah esok ke HSI aku akan berbincang lagi ngan doktor pakar
Walaupun my hubby selalu cakap....ayang jgn takut insyaalah semua selamat....mudah-mudahan dengan berkat ayang selalu baca al-Quran Allah akan tolong permudahkan semuanya.....dan aku harap dengan doa suamiku semuanya akan selamat dan dipermudahkan.....aminnnnn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SALAM MAAL HIJRAH 1432






















Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kita masih berkesempatan dan berpeluang dan diberi nikmat untuk menyambut hari yang mulia ni. Diharapkan agar kita semua akan mendapat keberkatan yang lebih berlipat2 ganda lagi. Semoga esok yang mendatang menjanjikan kebaikan kepada kita semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengandung Twin

Untuk entri kali ni saya nak cite ckit la pasal mengandung ni...hari ni 6/12/2010 usia kandungan ku dah 25 minggu....Banyak betul masalah mengandung kali ni....dari awal bulan yang pertama n kedua aku mengalami alahan yang cukup teruk...sampai berat badanku turun berapa kg.Sampai tak boleh makan...makan je kuar blik.Dah la masa tu bulan Ramadhan,tak dapat la ku melaksankan puasa yang wajib.Kerana keadaanku yang begitu lemah Dalam bulan Ogos tu sampai 2 kali aku ditahan di hospital.

Masuk je 3 bulan keadaan mulai reda seketika...Tapi ditambah pulak ngan masalah darah cair,pertambahan berat badan yang mendadak.Bayangkan la, dalam masa seminggu je dah bertambah 3kg +++.Terpaksalah berulang alik ke klinik sebab ambik daily BP lak.Dalam minggu ke-22 tempohari ada perjumpaan dengan doktor,apabila doktor scan rupanya didapati babyku twin....padan pun la byk sangat la masalahnya.Dapat tahu baby ku twin tak tahu nak gambarkan macam mana perasaanku....gembira ada takut pun ada...Tapi harapanku semoga baby ku sihat dan sempurna sifat je la.9/12 ni ada appoiment ngan doktor pakar pulak di Hospital Sultan Ismail JB.Doktor dari Kota Tinggi suruh refer pakar sebab katanya masa scan hari tu dia tak nampak begitu jelas baby ku.....yang pasti ada 2... n katanya macam ada lagi.....tu yang buat aku takut n tak tahu nak cakap cam ne perasaanku ini. Hari ni aku baru je balik dari minum air gula di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kota Tinggi...Ya Allah......loyanya tekak ku minum air gula tu...macam nak termuntah..Tp aku sentiasa mengharapkan baby ku n aku sendiri sihat sentiasa...Walaupun usia kandunganku baru 25 minggu tapi perutku besarnya macam orang dah cukup bulan.Nasib la suamiku memahami..dia banyak membantu ku ketika di rumah....klu blik umah mak pulak mak la yang paling banyak membantu menguruskan hero ku yang 2 orang tu...terima kasih mak n suamiku sayang ....i love u all.Tp aku ni degil skit...tak leh duk diam klu duk umah tu...ada je yang nak dibuat..walaupun misi kata suruh banyakkan berehat.....tp aku degil...hehhehehe.kaki2 ku semua dah membengkak membuatkan aku rasa tak selesa..mak n suamiku jugak selalu mebebel sebab aku tak geti diam....hehehehe,aku tahu sebab mereka semua sayangkan aku....i love my family........................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEpiii

Rasanya dah terlalu lama tak mengupdate blog ni...maklumla lama bercuti.Cuti sakit,cuti raya dan salah satu sebab lain ialah penyakit M dah sampai....Dengan baki raya yang tinggal beberapa hari je lagi ni....aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua rakan taulan dan saudara mara serta kepada sesiapa yang mengenali diri ini.

Rasa tahun ni rasanya raya yang paling tak best buat diri aku .sebabnya bermula dari sebelum puasa sampai la raya seminggu diriku telah dilanda dengan alahan mengandung yang begitu teruk..Dalam bulan 8 je aku telah dua kali dimasukkan ke hospital kerana alahan aku ni.sampai tak leh makan apa-apa.makan je semua kuar balik.sampai badan aku jadi kurus melengkung sampai tinggal tulang je.Ditambah lagi suamiku terpaksa bekerja semasa hari raya sampai raya seminggu pulak tu.So tak ada peluang la nak g beraya.
Alhamdulillah semakin hari alahan aku semakin kurang...n dah boleh la makan.Tp dah baik ni tak leh lapo skit...asyik nak makan je..Aku mengharapkan baby dalam kandungan aku nanti keluar sihat n klau bleh nak sangat baby girl.sebab anak aku yg yang first n second dua dua lelaki.Ya Allah makbulkan la permintaan ku ini..AMINNNNN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS