RSS

Bisnes Kosmetik Artis




KOSMETIK dan artis bagaikan aur dengan tebing. Pastinya kosmetik amat diperlukan untuk mengindahkan lagi penampilan seseorang artis.

Tetapi senario hari ini, artis tidak hanya menjadikan kosmetik sebagai salah satu barangan wajib yang harus dioles pada wajah setiap hari bahkan satu bisnes yang mampu menjamin masa depan.

Tidak kira di luar negara mahu pun dalam negara, sudah ramai artis memberanikan diri mengeluarkan sendiri rangkaian produk kecantikan berasaskan jenama mereka sendiri.

Namun, bukan semua artis mampu untuk menceburi perniagaan berasas kecantikan memandangkan kos yang harus dikeluarkan bukan sedikit tetapi mencecah ratusan ribu ringgit, dan ada yang sehingga mencecah jutaan ringgit. Jika tersilap langkah, wang yang dilabur akan lebur begitu sahaja.

Terbaru, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah melancarkan rangkaian produk kecantikannya di bawah jenama SimplySiti.

Selepas kejayaan demi kejayaan yang diraih setelah 15 tahun bergelumang dalam dunia seni, kini merupakan masa yang cukup sesuai untuk Siti melebarkan lagi sayap perniagaannya.

Katanya pada majlis pelancaran produknya itu, dia sememangnya meminati bidang kecantikan sejak menceburi dunia hiburan. Malah, bergelar seorang artis membuatkannya lebih peka dalam aspek kecantikan diri.

Produk SimplySiti yang dikeluarkan menerusi SimplySiti Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan syarikat penyelidikan estetika kecantikan dari Korea. Menggunakan teknologi nano, SimplySiti tampil dengan rangkaian produk penjagaan kulit seperti SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution.

Bagi rangkaian kosmetik SimplySiti, ia menampilan rangkaian wajah sempurna, rangkaian solekan mata SimplySiti 'Mata Bercahaya' dan bibir SimplySiti 'Khas Untuk Bibir' serta bedak kompak.

Hattan bukan kaut untung

Biasanya, perniagaan berasas kecantikan dipelopori oleh kaum wanita tetapi penyanyi popular Hattan mula memecah tradisi dengan mengeluarkan produk penjagaan kulitnya yang di bawah jenama Addam Men Skincare.


KATA Hattan penghasilan Addam Skincare sebagai aset anak lelakinya Adam pada masa depan.


Jika orang lain mahu produk mereka dijual secara meluas, lain pula halnya dengan Hattan. Katanya produk penjagaan kulit yang terdiri daripada pencuci muka, toner dan pelembab itu hanya dijual secara eksklusif iaitu hanya sebanyak 5,000 unit dan turut disertakan dengan album terbaru Hattan yang berjudulInderawala.

Produk Addam Skincare yang diambil namanya sempena nama anak Hattan dengan kerjasama Mum Bio Cos Manufacturing Sdn. Bhd. dengan Addamshop itu dijual pada harga RM150 setiap satu berserta album Hattan.

Jerneh Sheila

Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid juga tidak ketinggalan dalam meluaskan lagi empayar perniagaannya selepas berjaya dengan Jentayu Spa yang terletak di Damansara Height.

Muncul dengan rangkaian penjagaan kulit di bawah jenama Jerneh, Sheila kini boleh berbangga apabila produk hasil usaha sama dengan dua rakan karibnya, Faridah dan Faisal Ahmad Fadhil yang juga pengusaha F.A Herb Sdn. Bhd. berdiri Fasa pertama di pasaran, Jerneh hanya fokus kepada dua bentuk produk iaitu antipenuaan dan pembersihan yang boleh digunakan oleh pengguna lelaki dan wanita di kaunter Tanamera di gedung jualan Parkson seluruh negara.


SHEILA Majid cukup berbangga dengan produk Jerneh kerana ia menjadi produk tempatan yang bersaing dengan produk antarabangsa yang dijual di Parkson.


"Saya menanti sejak 10 tahun lalu dan hari ini saya cukup bangga apabila produk tempatan dijual dan diletakkan bersama-sama produk antarabangsa lain di Parkson.

"Inilah impian saya, mempunyai satu produk yang boleh diyakini oleh orang ramai. Harapan saya suatu hari nanti apabila orang bercakap tentang produk tempatan, orang akan ingat pada Jerneh," katanya.

Permulaannya produk Jerneh hanya di pasarkan di Internet tetapi selepas lebih lapan bulan dijual secara maya, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan memberi peransang buat Sheila untuk pergi lebih jauh.

Dipetik dari Kosmo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kereta Termahal di Dunia



1. Bugatti Veyron – $1,700,000
2. Lamborghini Reventon – $1,600,000
3. McLaren F1 – $970,000
4. Ferrari Enzo – $670,000
5. Pagani Zonda C12 F – $667,321
6. SSC Ultimate Aero – $654,400
7. Saleen S7 Twin Turbo – $555,000
8. Koenigsegg CCX – $545,568
9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster – $495,000
10. Porsche Carrera GT – $440,000

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS