RSS

Resepi Pilihan Maz




Kek Coklat Kukus


BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

Paprik Ayam

BAHAN-BAHAN:

500 gm ayam (dipotong kecil dan goreng)

150 gm sos tomato

150 gm sos cili

100 gm sos tomyam

3 batang serai (hiris)

4 helai daun limau purut

1 biji limau nipis

2 tangkai cili merah

2 tangkai cili hijau

1 labu bawang besar (mayang)

7 tangkai cili padi

50 gm kacang panjang

50 gm jagung muda (belah dua)

50 gm tomato

100 gm bunga kobis

Daun ketumbar

Garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tomyam dan tumis sehingga pecah minyak.

2. Masukkan serai, daun limau purut, cili merah, cili hijau, bawang besar, cili padi dan air limau nipis dan kacau rata.

3. Masukkan pula ayam, kacang panjang, jagung muda, tomato, bunga kobis dan gaul lagi.

4. Masukkan garam dan masukkan daun ketumbar, gaul rata. Angkat dan hidangkan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Pekena Roti Canai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .....

Jom pekena roti canai ...kat mane???....kat mana lagi,Kedai Minuma Lan la yang terkenal kat Pasak.Kota Tinggi.Johor tu.....Bagi orang-orang sekitar Kota tinggi ni mungkin dah tahu kan.....roti canai yang lembut dan gebu serta garing emmmppph pastinya sedap hingga menjilat jari....Tapi....sabar menanti ya...jika anda order roti canai.Ini kerana mutu dan kualiti roti canai di sini sentiasa dijaga....so tak mustahil la kualiti dan rasa roti canai disini tetap sama dari dulu hingga kini setelah lebih 30 tahun kedai ini beroperasi.

Pada setiap pagi... pastinya kedai ini penuh dengan penggemar roti canai dan makanan lain yang pastinya enak-enak belaka.Nasi lemak,lontong,soto.mee rebus itulah menu utama di sana.Apa yang menariknya nasi lenak disini dihidangkan bersama-sama kuah sup....macam nasi ayam tu.Nasi lontong yang lembut serta kuah lontong yang pekat,nyum...nyummmm.
jom la singgah.Rasa sekali pasti anda nak lagi.

Jika anda berminat anda boleh datang ke
Kedai Minuman Lan
No 10 Gerai Belia
Felda Pasak
Kota Tinggi
Johor

Gambar-gambar akan saya upload kemudian.....tunggu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bisnes Kosmetik Artis




KOSMETIK dan artis bagaikan aur dengan tebing. Pastinya kosmetik amat diperlukan untuk mengindahkan lagi penampilan seseorang artis.

Tetapi senario hari ini, artis tidak hanya menjadikan kosmetik sebagai salah satu barangan wajib yang harus dioles pada wajah setiap hari bahkan satu bisnes yang mampu menjamin masa depan.

Tidak kira di luar negara mahu pun dalam negara, sudah ramai artis memberanikan diri mengeluarkan sendiri rangkaian produk kecantikan berasaskan jenama mereka sendiri.

Namun, bukan semua artis mampu untuk menceburi perniagaan berasas kecantikan memandangkan kos yang harus dikeluarkan bukan sedikit tetapi mencecah ratusan ribu ringgit, dan ada yang sehingga mencecah jutaan ringgit. Jika tersilap langkah, wang yang dilabur akan lebur begitu sahaja.

Terbaru, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah melancarkan rangkaian produk kecantikannya di bawah jenama SimplySiti.

Selepas kejayaan demi kejayaan yang diraih setelah 15 tahun bergelumang dalam dunia seni, kini merupakan masa yang cukup sesuai untuk Siti melebarkan lagi sayap perniagaannya.

Katanya pada majlis pelancaran produknya itu, dia sememangnya meminati bidang kecantikan sejak menceburi dunia hiburan. Malah, bergelar seorang artis membuatkannya lebih peka dalam aspek kecantikan diri.

Produk SimplySiti yang dikeluarkan menerusi SimplySiti Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan syarikat penyelidikan estetika kecantikan dari Korea. Menggunakan teknologi nano, SimplySiti tampil dengan rangkaian produk penjagaan kulit seperti SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution.

Bagi rangkaian kosmetik SimplySiti, ia menampilan rangkaian wajah sempurna, rangkaian solekan mata SimplySiti 'Mata Bercahaya' dan bibir SimplySiti 'Khas Untuk Bibir' serta bedak kompak.

Hattan bukan kaut untung

Biasanya, perniagaan berasas kecantikan dipelopori oleh kaum wanita tetapi penyanyi popular Hattan mula memecah tradisi dengan mengeluarkan produk penjagaan kulitnya yang di bawah jenama Addam Men Skincare.


KATA Hattan penghasilan Addam Skincare sebagai aset anak lelakinya Adam pada masa depan.


Jika orang lain mahu produk mereka dijual secara meluas, lain pula halnya dengan Hattan. Katanya produk penjagaan kulit yang terdiri daripada pencuci muka, toner dan pelembab itu hanya dijual secara eksklusif iaitu hanya sebanyak 5,000 unit dan turut disertakan dengan album terbaru Hattan yang berjudulInderawala.

Produk Addam Skincare yang diambil namanya sempena nama anak Hattan dengan kerjasama Mum Bio Cos Manufacturing Sdn. Bhd. dengan Addamshop itu dijual pada harga RM150 setiap satu berserta album Hattan.

Jerneh Sheila

Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid juga tidak ketinggalan dalam meluaskan lagi empayar perniagaannya selepas berjaya dengan Jentayu Spa yang terletak di Damansara Height.

Muncul dengan rangkaian penjagaan kulit di bawah jenama Jerneh, Sheila kini boleh berbangga apabila produk hasil usaha sama dengan dua rakan karibnya, Faridah dan Faisal Ahmad Fadhil yang juga pengusaha F.A Herb Sdn. Bhd. berdiri Fasa pertama di pasaran, Jerneh hanya fokus kepada dua bentuk produk iaitu antipenuaan dan pembersihan yang boleh digunakan oleh pengguna lelaki dan wanita di kaunter Tanamera di gedung jualan Parkson seluruh negara.


SHEILA Majid cukup berbangga dengan produk Jerneh kerana ia menjadi produk tempatan yang bersaing dengan produk antarabangsa yang dijual di Parkson.


"Saya menanti sejak 10 tahun lalu dan hari ini saya cukup bangga apabila produk tempatan dijual dan diletakkan bersama-sama produk antarabangsa lain di Parkson.

"Inilah impian saya, mempunyai satu produk yang boleh diyakini oleh orang ramai. Harapan saya suatu hari nanti apabila orang bercakap tentang produk tempatan, orang akan ingat pada Jerneh," katanya.

Permulaannya produk Jerneh hanya di pasarkan di Internet tetapi selepas lebih lapan bulan dijual secara maya, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan memberi peransang buat Sheila untuk pergi lebih jauh.

Dipetik dari Kosmo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kereta Termahal di Dunia



1. Bugatti Veyron – $1,700,000
2. Lamborghini Reventon – $1,600,000
3. McLaren F1 – $970,000
4. Ferrari Enzo – $670,000
5. Pagani Zonda C12 F – $667,321
6. SSC Ultimate Aero – $654,400
7. Saleen S7 Twin Turbo – $555,000
8. Koenigsegg CCX – $545,568
9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster – $495,000
10. Porsche Carrera GT – $440,000

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Suami Kedekut



Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung ma sin, Taik ma ta pun ma sin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama , si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya sisuami
"Tak mahal encik, cu ma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.
"Uuiishh.. mahalnya,tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ.
"Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah la ma saya nak naik pesawat cam tu" rayu si isteri dengan nada ma nja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.
"Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli"
Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak ma mpu,dlm bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekalilagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sa ma tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi
RM80...
Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.
Tahun ketiga, mereka Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.
"Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka ma am krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.
Mereka menuju ke pesawat yang sa ma cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100.
Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?"

"Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer"jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi
"Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi
dgn satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer

"tapi apa syaratnya"

"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran> RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteriencik"
jawab pilot td sambil tersenyum.

"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.
Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada
niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut
tadi.

Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya.
Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri
yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat
tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya,
pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.

Rasa rugi pulak sbb cu ma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah
mendarat, Cu ma si suami yang turun dari pesawat tu.
"Ehh? ma na isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.
"Dia dah jatuh ma sa kau pusing2 pesawat tadi"
"Hahh apasal tak cakap"
"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami
Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info Makanan Seharian (SYUBHAH)






































"Adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun,...kalau dihitung
...mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!!!"


"
SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA......ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..."

"Marilah bersama-sama kami,..kita sama-sama berjamaah mencari, mempromosi & mengguna produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim.....demi masa depan anak bangsa kita...
MELAYU & ISLAM....INSYAALLAH"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOAL JAWAB KANSER





1. Apa itu kanser?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan mencuri zat daripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

2. Apakah leukemia?

Leukemia ialah kanser sel darah putih. Ia dikategorikan kanser luar biasa kerana tidak mempunyai tumor. Walaupun sel ini ada dalam darah, tetapi tidak bermakna pesakit yang menghidap kanser jenis lain akan mendapat leukemia.

3. Apa yang menyebabkan kanser?

Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel yang tidak terkawal berlaku masih tidak diketahui. Bagaimanapun, kajian mendapati ia ada kaitan dengan tabiat, gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi, seperti kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok (ia sebenarnya boleh dielakkan).

4. Bagaimana kanser merebak?

Sel kanser akan membuat laluan sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limfa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

5. Bolehkah ia diwarisi?

Secara umumnya, kanser tidak boleh diwarisi. Bagaimanapun, individu yang ada sejarah keluarga mempunyai risiko, tetapi anak tidak semestinya mendapat kanser. Paling penting, sel kanser juga tidak akan menjangkiti orang lain, walaupun melalui pemindahan darah.

6. Adakah semua tumor itu akan menjadi kanser?

Tidak. Tumor ada dua jenis: benigna dan malignan. Tumor benigna bermakna ia tidak merebak dan jarang berbahaya seperti ketuat dan sista. Tumor malignan pula akan merebak ke organ lain dan membesar sendiri sehingga menjadi barah.

7. Adakah semua kanser sama?

Tidak. Ada banyak jenis kanser yang menyerang organ badan. Sesetengah jenis kanser tumbuh perlahan, tetapi ada yang merebak cepat. Berlainan jenis kanser memberi kadar tindak balas berbeza terhadap rawatan.

8. Bolehkah kanser diubati?

Ya. Ramai penduduk Malaysia sembuh daripada kanser. Peluangnya berbeza mengikut jenis kanser, tetapi lebih awal ia dirawat peluangnya untuk sembuh lebih tinggi.

9. Bolehkah ia dikesan awal dan dirawat?

Ya, jika pesakit tahu tanda awal dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik menyedarinya. Namun, kebanyakan orang mengabaikan tanda awal ini sehingga penyakit sudah merebak ke peringkat berbahaya.

10. Apakah tanda amaran kanser?

Senarai di bawah hanya tanda umum. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara. Pun begitu, sebaik menyedari tanda ini, segera jalani pemeriksaan kesihatan.


- Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.

- Pigmen atau ketuat yang semakin membesar, jadi hitam dan berdarah.

- Ketulan pada buah dada.

- Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).

- Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.

- Air kencing berdarah.

- Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.

- Sakit tekak dan batuk berpanjangan.

- Sukar menelan makanan.


11. Adakah kanser boleh menyerang tanpa tanda?

Ya. Dalam kebanyakan kes, kanser tidak menyebabkan sakit pada peringkat awal. Ia menyerang dalam diam. Sakit hanya dirasai apabila kanser sudah merebak dan inilah sebabnya segera berjumpa doktor sebaik tanda awal dikesan dan jangan tunggu hingga sakit.

12. Adakah wanita dan lelaki mempunyai risiko sama diserang kanser?

Tidak. Secara keseluruhannya, lelaki lebih ramai mendapat kanser.

13. Apakah jenis kanser yang kerap menyerang lelaki dan wanita?

a. Wanita: Kanser payudara, serviks, kolon, ovari, leukemia dan paru-paru. Kanser payu dara ialah insiden paling kerap membabitkan 30.4 peratus daripada semua jenis kanser di kalangan wanita.

b. Lelaki: Kanser paru-paru, prostat, nasofariks, usus, leukemia dan rektum. Kanser paru-paru menunjukkan insiden paling tinggi iaitu 13.9 peratus bagi semua jenis kanser yang menyerang lelaki.

14. Wujudkah zon umur bahaya dan adakah kanser juga mempunyai ciri ini?

Secara amnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira berapa umur mereka. Bagaimanapun, ia biasanya berlaku pada orang dewasa, terutama selepas 40 tahun. Jadi ketika ini, jika ada tanda awal kanser, segera berjumpa doktor.

Bagi wanita pula, buat pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan (beberapa hari selepas habis haid) dan ujian pap smear (jika mempunyai kehidupan seks aktif) sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

15. Bagaimana kanser dirawat?

Rawatan awal penting kerana kebanyakan kanser merebak cepat. Ada beberapa kaedah rawatan iaitu:

a. Pembedahan.

b. Radioterapi (menggunakan radiasi tinggi seperti sinar-X, sinar gamma, radium atau bahan radioaktif).

c. Ubat antikanser.

d. Hormon kadangkala beberapa hormon digunakan serentak, bergantung kepada jenis kanser. Kemoterapi bermakna menyuntik atau memberi ubat yang akan memusnahkan sel kanser tertentu kerana sesetengah sel kanser boleh dikawal menggunakan hormon.

Secara amnya, pembedahan bertujuan membuang semua sel kanser di tempat terbabit dan disusuli radioterapi sinar X atau gamma untuk memusnahkan tumor yang boleh menjadi kanser.

16. Bolehkah kanser dielakkan?

Dalam sesetengah kes, kanser boleh dielakkan. Contohnya, 90 peratus kes kanser paru-paru boleh dielakkan jika tidak merokok. Kajian saintis menunjukkan peratus daripada semua jenis kanser disebabkan faktor luaran.

Dipetik dari: wanitakini.org

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS